Pages

Monday, August 12, 2013

Raya 2013

azura206@gmail.com
abah, ma dan yg bujang sahaja.
azura206@gmail.com
kami memang pantang nampak kamera


Salam,

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. 

Cm dah tersangatlah lama x di update blog ini.. bz la katekan. huhu. 

cm ne korg balik raya? ader ape2 yg best terjadi? 

Tahun ni, raya pertama, kami beraya di KL. Ronda2 umah mak mentua adik2 ku di Langat dan Sg. Besi. pastu balik.. itu je lah.. huhu.. 


azura206@gmail.com
adikku yg osem katanya
dgn bee
dengan husband dia laa
Raya kedua, ke Johor. abah jumper kwn dia di sana. Singgah di Taman Masjid Tanah Ria umah makcik ku di Melaka. Pak mentuanye br sahaja meninggal dunia. Innalillah..Semoga rohnye ditempatkan dikalangan org beriman. Al-Fatihah. lepas ziarah, angah bantai kenduri durian dgn sepupu2nye. aku tgk jelah. huhu.. 


azura206@gmail.com
dasat!


kami meneruskan perjalanan ke Johor Premium Outlet. Highway jem. argh. biasa le tu. 



azura206@gmail.com
bosan jugak lelama dlm keter
Menginap di Siar Villa, Taman Universiti, Skudai, Johor. Memang btol lah ckp org. Jangan cepat percaya dengan gambar2 dlm blog tu. Indah kabar dr rupe. iklan nyer kemain lagi hebat. tp. bile tgk sendiri, pergh!. aduhai. aku tak tau la nak ckp cemana. Wahai pengusaha homestay. Tolong lah jaga betol2 homestay anda. kecewa tau. kami dtg jauh2 ingatkan tempat selesa. rupanyer. nasib baik lah kami dudok satu malam sahaja. aku pun complaint la kat owner. dah la RM 280.00 se-malam. ader plak security deposit RM 100.00. Dengan sinki leaking, lampu bilik air bwh xde, balkoni xde pintu, katil patah, nyamuk banyak, shower xde, kapet berhabuk, lantai kotor. pendek kata memang x selesa habis lah. huh!. owner tu rase bersalah. dia minta maaf. kalau dgn minta maaf tu sumer bleh jd elok tak pe jugak. x pelah. biler aku dah complaint ni, harap2 dia amiklah tindakan seterusnya. kan. so, kesimpulannya, aku xperlu bayar RM 280.00 tu. harap2 dia x marah lah. 


azura206@gmail.com
ni lah dia yg di katakan VILLA sgt tu
Dah cek in, kami siap2 utk ke Johor Premium Outlet. Punya lah payah nak cari SIGNBOARD JPO tu. semua signboard kat Johor di celah2 pokok. kami terpaksa perlahankan kereta nak baca signboard. siap kena horn ngan kereta lain. "tgk plat keter la bro.!" aduhai. kekwat btol. huhu.. 


azura206@gmail.com
aku dan adik ku, Nadia 

azura206@gmail.com


azura206@gmail.com
sain jangan x sain
Perjalanan yg sepatutnye 20 minit, jd 1 jam. akibat tersesat jalan. huh!. fedap. sampai di JPO dah nak magrib. tau2 je lah kalau bwk budak kecik ni. tak elok berjalan waktu magrib. nasib baik lah si aishaa x buat prangai sgt. bleh la cik longnyer pusing2 utk 1 round mlm tu. byk jugak brgnyer. balik dr window shopping, kami singgah kedai makan mamak jelah yg bukak pun. "restoran Alif" kalau tak silap. sorry to say la. kalau kat kl, mmg tak lama la kedai ni. dgn servis lambat. masak kurang sedap. sabooo je lah.. di sebabkan lapa, baham je lah. 

Esok paginya, kami repeat lap kat JPO.. he he.. uih. ramai jugak manusia kat situ. Levis x de saiz. oh! pedih hati. nasib baik lah ader Fossil, Gap, Dockers, Victoria Secret.. dapat lah mengubat pedih dihati. haha. belom selesai round, "Long. Jom lah. dah lewat nih. jauh lagi perjalanan kite nih." kata abah. argh!. br je nak beratur masuk kat Polo Ralf Lauren. gerak je lah. kami pun meneruskan perjalanan kami ke Rompin, Pahang melalui Mersing. Singgah makan western di Port Cafe & Bisro (jetty of Tioman Island). can do laa. huhu.    
azura206@gmail.com
si Aishaa lene ye. mummy nak shopping jap.. 


azura206@gmail.com
sila abaikan napkin si aishaa ditgn itu

azura206@gmail.com
dengan abah den

sila abaikan makcik2 yg bergaduh nak masuk kedai tu
ok. aku x sempat nak snap time aku shopping bagai nak giler tu. huh!.
        
Tepat pukul 7pm kami sampai di Kpg Parit Raja, Rompin, Pahang. Angah yg sakit perot trus masuk rumah kosong tempat persinggahan kami TANPA memberi salam. 

Setelah melepaskan hajatnya, angah berkata "long. bdn angah lain mcm rasa. sejuk je dr kaki smp ke pinggang". aku yg br sahaja selesai solat, cuba merasa suhu bdn angah dgn meletakkan jari di lehernya. Pergh!.. Panas giler. dlm hati ni dah terdetik. angah "terkena" sbb dia org pertama yang masuk ke rumah meluru ke tandas belakang. aku, adik2 ku dan adik2 ipar yang lain ke rumah maktok. nak layan bola la katakan. tinggallah angah seorang sahaja didalam rumah kosong itu. setengah jam kemudian, adikku, si bee masuk semula ke rumah kosong. dia tgk si angah dah lain macam. mukanyer jd pucat putih. bee tanya "angah. nak ubat x. kalau nak, kak n amikkan." angah cumer mengangguk tanda dia mahu. bee masuk ke rumah mak tok mencari ubat demam untuk angah. dia berkata "bah. kak n tgk angah tu pucat semacam je. muka dia putih giler bah. naper aek?" abah tanpa syak ape2, cume berkata "emm.. dia demam panas la tu" setelah bee beri ubat utk dimakan, bee keluar ke kedai. tak lama selepas itu, angah hantar msg. "Ko nak tgg aku mati dulu ke baru nak cr ubat?" eh! aku dah bg la.. lupe ke dia? ermm aku tak layan. malas!. stengah jam kemudian, Pak Lang memanggil adik ipar ku, si Lokman. "eh. man. sini jap. g tgk angah tu nape" Pak lang nampak angah keluar rumah dengan memakai jaket berhoody tanpa memakai selipar bejalan dgn lajunye. tak sempat Lokman nak kejar angah dah ilang. ermmm abeh lahh.. kena dah nih.. sepupuku si Faiz, dgn pantas amik wuduk, ikot abahku, Lokman naik kereta pergi cr angah. rupanya angah dah sampai bus stop hujung kpg. tido. Faiz pujuk2. berjaya bw angah balik. di bgnya air yassin suruh angah minum. angah pun pulih. Alhamdulillah. 

Sepupuku, dik nor, yg sdg berborak dgn ku tiba2 berlari ke bilik air. muntah2. aku terdetik. kena kacau lagi la nih. Mak Lang suruh kami (aku, si baby bambam aishaa (anak si bee 2bulan), mama, bee) masuk ke bilik pak ndak. aku dr dlm bilik terdgr dik Nor mengilai ngilai. aduhai. seram. aku pun psg lah ayat2 suci Al-Quran. sambil memegang si aishaa, ayat Kursi tanpa putus aku bace. risau. tak nak jd ape2 kat baby. kejap ngilai. kejap nangis. tambah2 plak dik Nor tu tgh dtg bulan. pergh!. lagi la susah dia nak keluar dr bdn. nasib baik lah anak pak lang, faiz tu boleh la menghalau makhluk itu. lama juga la. "baca aper tu? dah2 la. dah byk dah bace tu" dia cuba ngacau tok ayah sdg bacer yassin. Faiz pukol dia dgn sejadah sambil berkata "laa ila ha illallah..." benda tu berkata "sakit la bodoh.! aku tak nak keluar!" bantai lagi. dah lama kena bantai, tak tahan agaknye, benda tu nak keluar dlm umah kosong tu. katanya itu rumah dia. so, pak lang, abah, lokman, asrol (sepupu) seret lah benda tu ke umah kosong tu. dia tetap tak mahu keluar. last2 si faiz paksa dia. letak dia dlm botol kaca. tak tau la kemana dia buang botol tu. kami tak dibenarkan masuk ke dalam umah kosong tu. so, kami tido la berlonggok2 dlm umah mak tok. mak tok, fathin(sepupu), pak ndak, dik nor pula tido di umah mak ngah. pukul 1 pagi selesai. tp. mata ku tetap tak mau lelap. 

pukul 3.30 pagi, mama ku terdgr org menjerit. aku nak sedapkan ati "tak de aper la ma. org naik motor jerit2 kot" tp. ma tetap tak puas hati. tiba2 si faiz dtg. "tok ayah mana? nak pinjam kain tu. si Fatin plak kena" pergh!. kami pun aper lagi. tak boleh la nak tido. berjaga sampai pukol 4 lebih. kata si faiz, mak lang bersilat tiba2. fatin kena sebijik cm dlm cerita exorcism tu. tiba2 bdn dia melengkung. ganas plak. terjerit2. merah mata. aduhai. mcm2 lah. dia pun nak keluar kat dlm umah kosong tu. 

Di pagi raya ke 4, Faiz nak "pagar" rumah kosong tu. dgn limau purut, garam, asam keping. tanpa sengaja, faiz terhiris jarinya. berdarah. terkena limau purut tu. dik Nor yg dr tadi aku tgk lain macm berkata "busuk! busuk!" eh. ini bukan dia yg bercakap ni. aduhai. "jom n. ke rumah mak ngah. dik nor dah lain mcm je tu" kataku. aku melintas dpn si fatin yg dr td terbatuk2. itu tanda nya dia pun terkena jugak. ermm.. aper lagi. mak tok pun melarikan diri ke umah mak ngah. mak tok ni cepat neves. dia pun cepat berjangkit. jd. kena g jauh2. so, yg kena tu di seret ke rumah kosong lagi. kali ni dorg mengganas. aduhai. katanya "itu rumah aku! rumah aku!. kau baharum! kenapa kau ganggu rumah aku! rumah kau kat saner!. kau ader cucu kan? kau nak aku aper2kan cucu kau? aku akan ganggu keturunan baharum tu!" abah terdiam. benda tu cube ganggu lokman yg sdg berwirid dgn berbisik "kejamkan manusia ni nak bunuh kita" dgn tak sengaja terputus wirid lokman. lokman goyang. "aku nak baju biru tu.! aku nak baju biru tu.! itu cucu aku" kata makhluk itu. Lokman yg pakai baju biru terdiam. lokman di arah dudok sebelah tok ayah. makhluk tu tak berani memandang tok ayah. dia terkedu. setelah beberapa jam bertarung, keluar la ia. muntah darah si dik nor dan fatin. kesian dorg. si angah plak sakit2 dada dan lutut nyer tak rasa. pabila si faiz "scan", ader lagi dlm bdn angah tu. hanya sikit. si faiz ubatkan. 

Lepas Zohor, kami bertolak ke KL. masing2 keletihan. 

rupe2nye, abah buat rumah atas kwsn "dia". ditambah pula, rumah tu kosong. tanpa ader sebarang ayat2 suci Al-Quran. makin berleluasa la dia. siap ader "anak" tau. angah plak g baring kat tempat anak dia tido. mmg la dia marah. 

Aduhai. trauma aku sampai sekarang ni. pg tadi, abah call. bg tau. mak tok, mak teh kena plak.. oh.. x settle lagi.. saboo je laa.. nak berubat umah tu. nak buang segala2nya. tp. yg x sedap dgrnye, abah kena bayar ke org nak berubat tu sampai RM 2,500.00.. apehal mahal smp cmtu skali? amik kesempatan di atas kesempitan org lain ke? nak membongak la teww.. saket je hatiku ini. kalau la x mujarab, siap la org tu..  

So, moral of the story, nak masuk rumah, ikotlah adab elok2.


azura206@gmail.com


azura206@gmail.com
MasyaAllah indahnyer ciptaanMu. #NurAishaaImani


    

1 comment:

MissyMe said...

huh..seram.. hope everything will be fine.