Pages

Thursday, November 21, 2013

Station 21, Bangsar Village Food Court

well,, 

aku mmg suke makan. especially kat Station 21, Bangsar Village Food Court. Fav aku, Blek pepper ciken grill with brokoli n carrot. fav cik abey, lamb chop.. spegethi marinara pun best. kalau nak makan spegeti, kena dtg siang. mlm xdpt la der.. adui. sabo je la. 

Harga pun berpatutan.. hehe


blekpepper ciken chop + coselaw

blekpepper ciken chop

blekpepper ciken grill + brokoli + carrot

Lamp Chop


b.o.s.a.n

Pernah rasa boring tahap gaban kat tempat kerja x? aku sdg mengalami situasi ni sekarang. boring ni sbbkan environment dlm opis, work load yg sgt bosan. nasib baik la ade geng2 yg osem. layan je la. kalau korg tgk workplace aku nih, mmg pening kepala. sepah2. itu belom masuk lagi bau asap rokok. pergh..! buat masa ni, aku saba je la. ye la. sgt bersyukur sbb majikan masih sudi terima aku nih. maklum la aku ni kan da tua. so, bertahan lah wahai diri. 

aigoooo.... 




Tuesday, August 27, 2013

R.a.h.s.i.a

semua org tahu ape maksud RAHSIA. kan. 

Rahsia tu sesuatu cerita atau luahan yang kite x boleh nak kongsi dengan org ramai. kiter hanya bercerita hanya kepada sahabat yang benar2 kiter percaya selain Allah tempat mengadu. kan. dan sahabat tu dilarang keras berkongsi luahan tersebut dengan org lain. dan rahsia itu berjaya disimpan dengan ketat sampai mati. itu baru lah dikatakan rahsia. 

bukannya "eh. ni rahsia tau. jangan citer kat sape2" sedangkan dia baru je lepas cerita benda yang sama ke org lain. huh!  

kenapa mesti ader sahabat cm tu? 

cube tgk. sahabat tu mesti LONELY org nye. dia cube mendapatkan perhatian org lain dengan bercerita hal2 org lain kepada org lain. hah! kesian dia.      

so, moral of the story, jangan lah terlalu percaya kan sahabat sekeliling anda tu. huhu..

nite!


Tuesday, August 13, 2013

ader ke patut


Cm ne nak mulakan ye.. 

Semalam abah terpaksa pulang ke kpg untuk berubat. kata abah, maktok, makteh, fatin, dik nor, bad, mak lang, semua dah terkena. pagi semlm, setelah selesai sidai kain di ampaian depan umah kosonh tu, mak tok tiba2 mengilai. aduahai. mak teh plak sdg asyik makan durian, tiba2 terpandang bayangan org dibalik sliding door umah kosong tu. hah! ape lagi.. mmg menjadi la. badan mak teh ni tak kuat sgt. so, dia lah org yg paling payah nak baik. 

RM3,000.00 abah bayar untuk pulihkan keadaan. huh!. ini bukan ustaz yang ubatkan. mesti pawang. kata pawang tu, "tanah ini kwsn dia. sejak sebelum abah lahir lagi benda tu dah ader. benda ni dah bercucu cicit bagai disitu. Dalam umah tu ader org mati, tengkorak kucing hitam dan mcm2 lagi lah." abah pulak buat rumah, x buat ape2 majlis sebab abah belom bermastautin di situ. nak di pendekkan cerita, pawang tu buat lah patung2 dan perahu untuk hanyutkan "mereka" di sungai rompin tu. kemudian, pawang tu "paku"kan rumah kosong tu, umah mak tok, umah mak ngah dan umah mak teh supaya x diganggu lagi dan dorg 7 org dimandikan menggunakan kain batik dan kain pelikat yg belom dijahit. Kemudian, kain tersebut di buang. semoga segala usaha ini berbaloi.

selesai segala, mereka berkumpul untuk makan malam. shira, menunjukkan gambar istagram di atas yg telah di uploadkan oleh adikku si nadia kepada pak ndak. caption nye "bye hometown. see you next time. kampung yg scary f*ck. tiap kali balik, mesti ade kejadian aneh" Pak ndak plak tunjukkan gambar tu kat abah. abah yg kebetulan nak pulang ke KL buat x endah aje. Sampai di leban condong, abah x puas hati, call la pak ndak. dengan x semena2 pak ndak nak marah abah. abah yg serabot tu dengan nada marah kata "eh. benda cmtu pun nak amik kesah. nak terasa hati sgt. x pikir aku punya terasa hati. anak ko yg tak pernah nak bersalam ngan aku ni cm ne. kalau x suke sgt, bakar je lah umah aku tu. aku tak yah balik!" pap! abah trus letak tefon. pergh! giler lah. kalau aku jd abah pun aku menyirap. pasal tu pun nak amik pusing. dah la abaj berabih sampai 3k. yg si shira tu pun satu. xabeh2 nak cr pasal ngan famili aku. setahu aku, aku tak pernah plak kacau idop dia. aduhai. 

abah kata "long. tahun depan abah nak beli umah kat terengganu la. umah kat rompin tu kalau x ok lagi, kita bakar je" aku no hal.. i follow je..hew hew hew.. 

J.o.d.o.h


Aku..
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah
Bukan pula sekaya Balqis
Apalagi secantik Zulaikhah
Aku hanyalah wanita 
akhir zaman yg punya cita2 
menjadi isteri yang solehah

Orang sekeliling selalu tanye aku "bile nak kawen?" ok. mentang2 lah ader BF. tp. kalau ader BF pun, belom tentu dia jodoh kite. kan.. 

Oh! soalan itu sgt lah membuatkan aku rimas. Kalau lah aku tahu tarikh dan dengan siapa, akan ku jwp soalan itu. Sape yg xnak kawen kan. dengan umor aku yg semakin byk nih. tapi. ye lah. aku kan perempuan. Nasib baik lah makcik2 aku sporting. memahami aku. Alhamdulillah. 


"Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat apa kita setia, selama apa kita menunggu, sekeras apa kita bersabar, sejujur apa kita menerima kekasih kita, jika Allah tidak menulis jodoh kita dengan kekasih kita, kita tetap tidak akan bersamanya. Think Positive terimalah takdiNYA. Kerana tulang rusuk dan pemiliknya tak kan pernah tertukar dan akan bertemu pada saatnya. In Sha Allah"


jwpan yg terbaik:  
S- Kenapa lambat?
✔   Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku
S- Dah berpunya?
✔   Ya.. Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing
S- Siapa?
✔   Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku
S- Bila?
✔   Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemputlah datang ke walimatul urus nanti

xyah tanyo lah selalu bila seseorang itu nak kahwin kerana semua rahsia itu terletak di tangan Allah. Tiba waktu Allah akan membongkarkannya. InshaAllah..

Monday, August 12, 2013

Raya 2013

azura206@gmail.com
abah, ma dan yg bujang sahaja.
azura206@gmail.com
kami memang pantang nampak kamera


Salam,

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. 

Cm dah tersangatlah lama x di update blog ini.. bz la katekan. huhu. 

cm ne korg balik raya? ader ape2 yg best terjadi? 

Tahun ni, raya pertama, kami beraya di KL. Ronda2 umah mak mentua adik2 ku di Langat dan Sg. Besi. pastu balik.. itu je lah.. huhu.. 


azura206@gmail.com
adikku yg osem katanya
dgn bee
dengan husband dia laa
Raya kedua, ke Johor. abah jumper kwn dia di sana. Singgah di Taman Masjid Tanah Ria umah makcik ku di Melaka. Pak mentuanye br sahaja meninggal dunia. Innalillah..Semoga rohnye ditempatkan dikalangan org beriman. Al-Fatihah. lepas ziarah, angah bantai kenduri durian dgn sepupu2nye. aku tgk jelah. huhu.. 


azura206@gmail.com
dasat!


kami meneruskan perjalanan ke Johor Premium Outlet. Highway jem. argh. biasa le tu. 



azura206@gmail.com
bosan jugak lelama dlm keter
Menginap di Siar Villa, Taman Universiti, Skudai, Johor. Memang btol lah ckp org. Jangan cepat percaya dengan gambar2 dlm blog tu. Indah kabar dr rupe. iklan nyer kemain lagi hebat. tp. bile tgk sendiri, pergh!. aduhai. aku tak tau la nak ckp cemana. Wahai pengusaha homestay. Tolong lah jaga betol2 homestay anda. kecewa tau. kami dtg jauh2 ingatkan tempat selesa. rupanyer. nasib baik lah kami dudok satu malam sahaja. aku pun complaint la kat owner. dah la RM 280.00 se-malam. ader plak security deposit RM 100.00. Dengan sinki leaking, lampu bilik air bwh xde, balkoni xde pintu, katil patah, nyamuk banyak, shower xde, kapet berhabuk, lantai kotor. pendek kata memang x selesa habis lah. huh!. owner tu rase bersalah. dia minta maaf. kalau dgn minta maaf tu sumer bleh jd elok tak pe jugak. x pelah. biler aku dah complaint ni, harap2 dia amiklah tindakan seterusnya. kan. so, kesimpulannya, aku xperlu bayar RM 280.00 tu. harap2 dia x marah lah. 


azura206@gmail.com
ni lah dia yg di katakan VILLA sgt tu
Dah cek in, kami siap2 utk ke Johor Premium Outlet. Punya lah payah nak cari SIGNBOARD JPO tu. semua signboard kat Johor di celah2 pokok. kami terpaksa perlahankan kereta nak baca signboard. siap kena horn ngan kereta lain. "tgk plat keter la bro.!" aduhai. kekwat btol. huhu.. 


azura206@gmail.com
aku dan adik ku, Nadia 

azura206@gmail.com


azura206@gmail.com
sain jangan x sain
Perjalanan yg sepatutnye 20 minit, jd 1 jam. akibat tersesat jalan. huh!. fedap. sampai di JPO dah nak magrib. tau2 je lah kalau bwk budak kecik ni. tak elok berjalan waktu magrib. nasib baik lah si aishaa x buat prangai sgt. bleh la cik longnyer pusing2 utk 1 round mlm tu. byk jugak brgnyer. balik dr window shopping, kami singgah kedai makan mamak jelah yg bukak pun. "restoran Alif" kalau tak silap. sorry to say la. kalau kat kl, mmg tak lama la kedai ni. dgn servis lambat. masak kurang sedap. sabooo je lah.. di sebabkan lapa, baham je lah. 

Esok paginya, kami repeat lap kat JPO.. he he.. uih. ramai jugak manusia kat situ. Levis x de saiz. oh! pedih hati. nasib baik lah ader Fossil, Gap, Dockers, Victoria Secret.. dapat lah mengubat pedih dihati. haha. belom selesai round, "Long. Jom lah. dah lewat nih. jauh lagi perjalanan kite nih." kata abah. argh!. br je nak beratur masuk kat Polo Ralf Lauren. gerak je lah. kami pun meneruskan perjalanan kami ke Rompin, Pahang melalui Mersing. Singgah makan western di Port Cafe & Bisro (jetty of Tioman Island). can do laa. huhu.    
azura206@gmail.com
si Aishaa lene ye. mummy nak shopping jap.. 


azura206@gmail.com
sila abaikan napkin si aishaa ditgn itu

azura206@gmail.com
dengan abah den

sila abaikan makcik2 yg bergaduh nak masuk kedai tu
ok. aku x sempat nak snap time aku shopping bagai nak giler tu. huh!.
        
Tepat pukul 7pm kami sampai di Kpg Parit Raja, Rompin, Pahang. Angah yg sakit perot trus masuk rumah kosong tempat persinggahan kami TANPA memberi salam. 

Setelah melepaskan hajatnya, angah berkata "long. bdn angah lain mcm rasa. sejuk je dr kaki smp ke pinggang". aku yg br sahaja selesai solat, cuba merasa suhu bdn angah dgn meletakkan jari di lehernya. Pergh!.. Panas giler. dlm hati ni dah terdetik. angah "terkena" sbb dia org pertama yang masuk ke rumah meluru ke tandas belakang. aku, adik2 ku dan adik2 ipar yang lain ke rumah maktok. nak layan bola la katakan. tinggallah angah seorang sahaja didalam rumah kosong itu. setengah jam kemudian, adikku, si bee masuk semula ke rumah kosong. dia tgk si angah dah lain macam. mukanyer jd pucat putih. bee tanya "angah. nak ubat x. kalau nak, kak n amikkan." angah cumer mengangguk tanda dia mahu. bee masuk ke rumah mak tok mencari ubat demam untuk angah. dia berkata "bah. kak n tgk angah tu pucat semacam je. muka dia putih giler bah. naper aek?" abah tanpa syak ape2, cume berkata "emm.. dia demam panas la tu" setelah bee beri ubat utk dimakan, bee keluar ke kedai. tak lama selepas itu, angah hantar msg. "Ko nak tgg aku mati dulu ke baru nak cr ubat?" eh! aku dah bg la.. lupe ke dia? ermm aku tak layan. malas!. stengah jam kemudian, Pak Lang memanggil adik ipar ku, si Lokman. "eh. man. sini jap. g tgk angah tu nape" Pak lang nampak angah keluar rumah dengan memakai jaket berhoody tanpa memakai selipar bejalan dgn lajunye. tak sempat Lokman nak kejar angah dah ilang. ermmm abeh lahh.. kena dah nih.. sepupuku si Faiz, dgn pantas amik wuduk, ikot abahku, Lokman naik kereta pergi cr angah. rupanya angah dah sampai bus stop hujung kpg. tido. Faiz pujuk2. berjaya bw angah balik. di bgnya air yassin suruh angah minum. angah pun pulih. Alhamdulillah. 

Sepupuku, dik nor, yg sdg berborak dgn ku tiba2 berlari ke bilik air. muntah2. aku terdetik. kena kacau lagi la nih. Mak Lang suruh kami (aku, si baby bambam aishaa (anak si bee 2bulan), mama, bee) masuk ke bilik pak ndak. aku dr dlm bilik terdgr dik Nor mengilai ngilai. aduhai. seram. aku pun psg lah ayat2 suci Al-Quran. sambil memegang si aishaa, ayat Kursi tanpa putus aku bace. risau. tak nak jd ape2 kat baby. kejap ngilai. kejap nangis. tambah2 plak dik Nor tu tgh dtg bulan. pergh!. lagi la susah dia nak keluar dr bdn. nasib baik lah anak pak lang, faiz tu boleh la menghalau makhluk itu. lama juga la. "baca aper tu? dah2 la. dah byk dah bace tu" dia cuba ngacau tok ayah sdg bacer yassin. Faiz pukol dia dgn sejadah sambil berkata "laa ila ha illallah..." benda tu berkata "sakit la bodoh.! aku tak nak keluar!" bantai lagi. dah lama kena bantai, tak tahan agaknye, benda tu nak keluar dlm umah kosong tu. katanya itu rumah dia. so, pak lang, abah, lokman, asrol (sepupu) seret lah benda tu ke umah kosong tu. dia tetap tak mahu keluar. last2 si faiz paksa dia. letak dia dlm botol kaca. tak tau la kemana dia buang botol tu. kami tak dibenarkan masuk ke dalam umah kosong tu. so, kami tido la berlonggok2 dlm umah mak tok. mak tok, fathin(sepupu), pak ndak, dik nor pula tido di umah mak ngah. pukul 1 pagi selesai. tp. mata ku tetap tak mau lelap. 

pukul 3.30 pagi, mama ku terdgr org menjerit. aku nak sedapkan ati "tak de aper la ma. org naik motor jerit2 kot" tp. ma tetap tak puas hati. tiba2 si faiz dtg. "tok ayah mana? nak pinjam kain tu. si Fatin plak kena" pergh!. kami pun aper lagi. tak boleh la nak tido. berjaga sampai pukol 4 lebih. kata si faiz, mak lang bersilat tiba2. fatin kena sebijik cm dlm cerita exorcism tu. tiba2 bdn dia melengkung. ganas plak. terjerit2. merah mata. aduhai. mcm2 lah. dia pun nak keluar kat dlm umah kosong tu. 

Di pagi raya ke 4, Faiz nak "pagar" rumah kosong tu. dgn limau purut, garam, asam keping. tanpa sengaja, faiz terhiris jarinya. berdarah. terkena limau purut tu. dik Nor yg dr tadi aku tgk lain macm berkata "busuk! busuk!" eh. ini bukan dia yg bercakap ni. aduhai. "jom n. ke rumah mak ngah. dik nor dah lain mcm je tu" kataku. aku melintas dpn si fatin yg dr td terbatuk2. itu tanda nya dia pun terkena jugak. ermm.. aper lagi. mak tok pun melarikan diri ke umah mak ngah. mak tok ni cepat neves. dia pun cepat berjangkit. jd. kena g jauh2. so, yg kena tu di seret ke rumah kosong lagi. kali ni dorg mengganas. aduhai. katanya "itu rumah aku! rumah aku!. kau baharum! kenapa kau ganggu rumah aku! rumah kau kat saner!. kau ader cucu kan? kau nak aku aper2kan cucu kau? aku akan ganggu keturunan baharum tu!" abah terdiam. benda tu cube ganggu lokman yg sdg berwirid dgn berbisik "kejamkan manusia ni nak bunuh kita" dgn tak sengaja terputus wirid lokman. lokman goyang. "aku nak baju biru tu.! aku nak baju biru tu.! itu cucu aku" kata makhluk itu. Lokman yg pakai baju biru terdiam. lokman di arah dudok sebelah tok ayah. makhluk tu tak berani memandang tok ayah. dia terkedu. setelah beberapa jam bertarung, keluar la ia. muntah darah si dik nor dan fatin. kesian dorg. si angah plak sakit2 dada dan lutut nyer tak rasa. pabila si faiz "scan", ader lagi dlm bdn angah tu. hanya sikit. si faiz ubatkan. 

Lepas Zohor, kami bertolak ke KL. masing2 keletihan. 

rupe2nye, abah buat rumah atas kwsn "dia". ditambah pula, rumah tu kosong. tanpa ader sebarang ayat2 suci Al-Quran. makin berleluasa la dia. siap ader "anak" tau. angah plak g baring kat tempat anak dia tido. mmg la dia marah. 

Aduhai. trauma aku sampai sekarang ni. pg tadi, abah call. bg tau. mak tok, mak teh kena plak.. oh.. x settle lagi.. saboo je laa.. nak berubat umah tu. nak buang segala2nya. tp. yg x sedap dgrnye, abah kena bayar ke org nak berubat tu sampai RM 2,500.00.. apehal mahal smp cmtu skali? amik kesempatan di atas kesempitan org lain ke? nak membongak la teww.. saket je hatiku ini. kalau la x mujarab, siap la org tu..  

So, moral of the story, nak masuk rumah, ikotlah adab elok2.


azura206@gmail.com


azura206@gmail.com
MasyaAllah indahnyer ciptaanMu. #NurAishaaImani