Pages

Saturday, August 2, 2014

Hai Melayu.!

Tiba tiba terasa nak share sajak ini. tak semua melayu macam ni ye.! 

______________________________________________________________________________

Hai Melayu.!
rumahmu semua dibina Indonesia,
Ekonomi pula dikuasai cina,
Golongan profesional semuanya india,
Warung makan pun  mamak dan siam yang berkuasa,
Warga bangla pula menjadi Jaga,
Orang Nepal yang menabur baja,
Orang pakistan usung karpet jaja merata,
Lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat,
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu,
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan, 
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian,
kerja sikit, sembang kencang,
Banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur dituduh lancang,
duduk warung, gigit kacang,

Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah kabar,
rentakmu makin lama makin hambar,
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu..

-ibn al-khams
  

Thursday, April 24, 2014

Jadilah.! maka terjadilah




DaripaNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali.

Begitulah lumrah kehidupan. Kita pasti akan pergi, Itulah janji Allah.

Berita mengejutkan aku di pagi Jumaat 25-Apr-2014. Perginya seorang insan yang bertugas di Lumut secara tiba2 akibat serangan jantung. Seorg yg aku rasa sangat sempoi dan senang berurusan. 

Inilah antara sebab aku tak mau kita bermusuh. sebab kita tak tau bila kita akan pergi. katakan lah. Esok kamu atau aku yg pergi. org yg kite tak suke tu lah yang akan bacakan Yassin untuk kite. Itulah org yang akan sedekahkan Al-Fatihah untuk kite. Itulah org yang akan melawat pusara kita kelak. 

apa2pun, Al-Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org beriman. amin. Dan Takziah untuk keluarga arwah. Semoga tabah menghadapi hari-hari mendatang. amin.

En. Zahari Ahmad (tengah) dalam kenangan


Alhamdulillah

Assalamualaikum.

Dah lama x hapdate blog ni. slalu hadap si FB je. Alhamdulillah. masih lagi bernyawa. 

Blog ni tempat untuk mengumpat ke? tempat untuk lepas geram ke? bg aku, blog nih untuk berkongsi lokasi kedai makan yang best, berkongsi ilmu yang berguna br la dapat faedah. 

Kalau kita rasa tak puas hati dengan seseorang, kenapa kita tak luah kan face to face? kalau luah kan dengan cara elok, rasa nyer, org boleh terima. tak perlu kot nak luah kan kat blog ni. perlu ke kita buat dosa kering? perlu ke kita nak bermusuh2? JANGAN rasa diri tu hebat sgt. dunia ni kan hanya sementara. ntah esok ntah lusa Allah tarik nyawa kite. time tu baru lah rasa nyesal, terkilan. hidup ni simple je. TOLONG hentikan semua ni sblom nyesal kemudian hari. 

Sesungguhnya yang buruk itu datang nya dari ku. Maaf di atas segala kekuranganku.