Pages

Friday, September 10, 2010

Jodoh mesti di kejar??

aku copy dr buku midi. cm best jer. bacer jgn tak bacer. terutama untuk sahabat2ku yg belom berumahtangga termasuk lah aku.. kuang kuang kuang...



"oh ibu, usiaku sudah lanjut. Namun belum dtg seorg pemuda pun meminangku. apakah aku akan menjd perawan seumur hidupku?"



Begitulah keluhan seorg gadis Makkah berasal dr Bani Ma'zhum yg kaya raya. mendgr rintihan anaknya itu lantas kelam kabut ke sana ke mari mencr jodoh buat si puteri. pelbagai ahli nujum dan dukun ditemuinya. dia tidak peduli berapa saja wang yang harus keluar drpd saku, yg penting anaknya yg cuma seorg itu dpt bertemu jodoh.


Namun sayang usaha si ibu tidak juga menampakkan hasilnya. Nyata janji-janji sang dukun cuma bualan kosong belaka. Sekian lama mereka menunggu jejaka dtg melamar, namun tidak ada seorg pun yg dtg. Melihat keadaan ini tentu saja gadis Bani Ma'zhum yg bernama Rithah Al-Hamqa menjd semakin muram. Tidak ada kerja lain yg dilakukan kecuali menghadap cermin dan memandang dirinya sambil terus bertanya-tanya, "Mengapa sampai hari ini tidak kunjung dtg juga seseorg yg akan mengahwiniku?"


Penantian jodoh yg ditunggu-tunggu akhirnya bernokhtah tatkala ibu saudaranya yg berasal dr luar daerah berkunjung ke rumah mereka dgn membawa jejaka tampan. Akhirnya Rithat yg lanjut usia menikah dgn jejaka muda rupawan. Kenapa pemuda itu bersedia menikahi gadis Bani Ma'zhum yg tua itu? Ternyata ada udang disebalik batu.


Rupa-rupanya jejaka rupawan yg miskin itu hanya menginginkan kekayaan Rithah yg melimpah ruah. Sebaik sahaja sijejaka berhasil menggunakan sebahagian harta Rithah, dia pun pergi sebarang pesan.


Tinggallah Rithah seorg diri, menangisi pemergian si suami yg entah ke mana. Kesedihan dan kemurungan Rithah dilepaskan dgn membeli beratus-ratus benang untuk dipintal (ditenun). Setelah jd hasil tenunan, wanita itu mencerai-beraikan nya untuk menjd benang semula. Lalu ia tenun lagi dan mencerai-beraikan lagi. Begitulah dia menjalani sisa sisa hidupnya. Sesuailah kata-kata jahiliah yg mengatakan 'asmara boleh membuat org jd gila sasau'.(Tentu bagi org-org yg tidak memilik iman).


Al-Quranul mengabadikan kisah gadis Bani Ma'zhum ini dalam surah An-Nahl ayat 29,"Janganlah kamu seperti perempuan yg menguraikan benangnya yg sudah dipintal dgn kuat menjd bercerai-berai kembali.." Yang dimaksudkan Al-Quran dgn 'wanita pengurai benag yg telah dipintal' tidak lain ialah Rithah AlHamqa. Dlm ayat tersebut Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dlm menghadapi masaha jodoh. Namun demikian byk kebaikan yg dpt kita petik drpd episod gadis kaya keturunan Bani Ma'zhun tersebut.


Kisah Rithah mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya urusan Allah. Jodoh tidak dapat dihindari walaupun kita belum menginginkannya. Dan ia juga tidak dapat dikejar walaupun kita terlalu inginkannya. Oleh sebab Allah menentukan jodoh kita, maka tidak layak bagi kita berasa bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktu, jodoh itu pasti akan dtg sendiri.


Episod Rithah juga mengajar kita untuk melakukan ikhtiar (usaha) dlm mencapai cita-cita. Kalau ibu Rithah mendtgi pelbagai ahli nujum agar anaknya berhasil mendpt jodoh, bagi kita tenunya bermohon pada Al-Mujub (yang Maha Pengabul Doa) agar tujuan kita tercapai. "Dan apabila hamba-Ku bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa org-org yg berdoa kpd-Ku"


Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan bahawa setiap doa yg disampaikan pada-NYA akan dikabulkan. Allah tidak memungkiri janji. Siapa paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah, Rasulullah s.a.w bersabda ttg masalah doa, "Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorg yg menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepada-NYA, kemudian menolaknya dlm keadaan hampa."


Selain itu kita harus juga memupuk sikap sabar dlm menghadapi jodoh yg masih belum menghampiri kita padahal usia kita semakin senja. Firman Allaj dlm Surah A-Baqarah ayat 45, "Dan jadikanlah sabar dan solat sbgai penolongmu, sesungguhnya yg demikian itu amat berat kecuali bg org2 yg kusyuk iaitu org2 yg menyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya dan mereka akan kembali padaNYA."


Sabar dan solat akan selalu membentengi kita drpd desakan org sekeliling dan godaan syaitan yg berharap kita salah langkah dlm masalah jodoh ini. Masalah ini byk dihadapi oleh saudara mara kita yg sudah layak berkahwin, namun sehingga ke saat ini belum ada juga ikhwah yg dtg meminang termasuk diri anda sendiri. Hal ini merupakan ujian yg - wallahualam - sesuai dgn ketetapan Allah. Byk kisah menunjukkan bahawa resah gelisah dan tidak sabar dlm masalah jodoh membuatkan kehidupan selepas pernikahan jadi tidak seindah ketika bujang.
Selain itu kita juga harus terus menjaga kemurniaan niat kita untuk berkahwin. Motivasi usia yg semakin senja serta tidak tahan mendengar umpatan org sekitar harus segera di hilangkan. itu semua tidak akan menghasilkan rumah tangga islam yg kita harapkan. Hal ini kekukuhan rumah tangga kita berkait rapat dgn kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita. Sungguh beruntung menjadi org mukmin. Tatkala mendapat ujian (termasuk jodoh), dia akan bersabar. Maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat, dia bersyukur, maka kesyukurannya itu menjadi baik pula baginya.


Sikap kita yg paling baik dlm hal ini adalah sentiasa bersangka baik kepada-NYA. Kerana sesuati yg kita cintai atau sesuatu yg kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Sebagaimana firman Allah,"Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui"


Akhir sekali, kisah Rithah memberitahu kita agar mengarahkan cinta tertinggi kita kepada yg mmg berhak memilikinya. Cinta Rithah yg begitu tinggi diarahkan kpd makhluk (suaminya), hingga membuatkan dia gila sasau. Seharusnya cinta yg tertinggi itu hanya untuk yg Maha A'la pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin ialah asyaddu huballillah? adapun org2 yg beriman itu sgt dlm cintanya kepada Allah.


"Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah s.w.t tidak akan mengabaikan kehidupan kita"


Tidak kira sama ada menjd isteri tua mahupun isteri muda, kedua-duanya pasti akan merasa pahit maung bermadu. Namun, sebagai makhluk Tuhan, siapalah kita untuk menolak takdir Maha Pencipta, menepis qada dan qadar yg telah tertulis. Walaupun cuba dielak dan ditepis, jika itulah takdirnya haruslah didepani dgn redha. Mungkin setiap yg berlaku pasti ada sebab dan musabab yg terlindung oleh-NYA kepada kita.


Jika itulah yg ditakdirkan buat anda, menjalani kehidupan bermadu perlu mempunyai kekuatan yg tersendiri terutama bagi yg bergelar isteri muda.


Menjadi syarat utama bg anda yg membuat keputusan untuk menjadi isteri muda, harus mempunyai jati diri yg kuat serta sabar dlm menangani dugaan hidup. Hal ini penting dlm menangani suasana kehidupan yg normal seperti org lain.


Bagaimanapun, semua tohmahan dan cemuhan tidak akan berlaku sekiranya suami boleh mengatasi permasalahan ini dengan aman tanpa menyakitkan hati kedua2 pihak. Bagi mewujudkan perkahwinan yg bahagia biarpun hidup berpoligami, setiap isteri perlulah saling faham dan hormat antara satu sama lain.


Bagi isteri tua, dia perlu sabar walaupun hatinya remuk ekoran suaminya memiliki insan lain. Kesabaran adalah penting untuk meneruskan rumah tangga. Sementara anda sebagai isteri muda pula, perlu kuat dlm menghadapi dugaan hidup selepas memilih untuk meneruskan hubungan walaupun mengetahui lelaki tersebut sudah beristeri.


Selain itu, sebagai isteri kedua juga, anda perlulah membuatkan hati sentiasa sibuk. Jika dibiarkan kosong, nanti yg dudok didalamnya adalah iblis.


Yang pasti, wanita mmg suka akan lelaki yg matang dan sudah pasti ciri2 itu hanya ada pada lelaki yg berusia dan berpengalaman dlm rumah tangga. Namu faktor utama mengapa wanita seperti anda sanggup menjadi isteri kedua adalah kerana kesunyian, kesepian dan juga faktor usia yg semakin matang. Tambahan pula tidak salah bergelar istero muda asalkan pandai membawa diri.


Dalam Al-Quran, Allah s.w.t menjelaskan dlm firmannya yg bermaksud: "Kahwinlah kamu dgn perempuan baik bg kamu, dua, tiga atau empat. Sekiranya kamu khuatir tidak dapat berlaku adil (terhadap mereka) cukuplah satu sahaja." (Surah Al-Nisa':3)


Berdasarkan pengertian ayat ini menunjukkan bahawa amalan bermadu satu cara hidup berumah tangga berlandaskan syariat yg menghendaki agar sentiasa wujud keharmonian hidup dlm keluarga. Namun harus diingatkan, biarpun bergelar isteri kedua, ketiga atau keempat, hak anda sebagai isteri tetap sama. Islam tidak pernah membezakan isteri pertama, kedua atau sebagainya. Selagi pernikahan itu dilalukan secara sah, hak kesemua isteri adalah sama.


Dalam mengamalkan permasalahan poligami, suami harus memainkan peranan seadil-adilnya terhadap kedua2 isteri. Kecacatan poligami sebenarnya bukan dr segi prinsip ttp lebih kpd perlaksanaan yg menyimpang drp syariat. Ia terbukti drpd statistik menunjukkan 80% pengadu yg mengadu mempunyai masalah rumah tangga adalah kaum hawa. ini secara langsung membuktikan bahawa krisis rumah tangga berpunca drpd kelalaian kaum adam.


Secara fitrah dan nalurinya, emosi isteri pertama sudah tentu akan terganggu akibat drpd berbahgi kasih. Oleh itu, peranan suami amat penting dlm membahagikan kasih syg dan tanggungjawab. Dalam menjalani cabaran kehidupan wanita yg bergelar isteri muda, anda haruslah tabah mengharunginya. Lupakan kesedihan dgn byk mengingati anugerah Allah yg dikurniakan kpd diri.


Bagaimanapun, kebahagiaan rumah tangga itu bermula drpd hati dan juga tbuh bdn yg sihat. Jika hati sakit, pastinya boleh menjejaskan kesihatan jasmani juga. Oleh itu, hiduplah dgn aktiviti bermanfaat. Selain itu, tanamkan azam didalam diri anda juga untuk atasi segala dugaan dan bersyukur dgn apa yg ada. Malah jalan yg paling penting adalah bermohon pada Yang Maha Esa supaya merestui perkahwinan itu ke jalan bahagia.



sekian, wassalammm...