Pages

Wednesday, March 30, 2011

Gerai Makan Pak Usop, Temerloh

Kalau ke Mentakab, tak sah kalau tak singgah pekena ikan patin tempoyak pak usop yang sungguh sedap itu, Gerai Pak Usop ini terletak di No. B12, Gerai MPT, Lurah Semantan, Temerloh, Pahang.  Berdekatan dengan Sungai Pahang. Selain itu, masakan Kampung dan ulam-ulaman yang bermacam jenis. Gerai ni juga dah masuk jalan-jalan cari makan.  



Sekiranya anda ingin ke sana, pastikan anda sampai sebelum pukul 12 tengahari untuk menikmati ikan patin masak tempoyak itu. Bukan itu sahaja, ia bertujuan untuk mengelak anda agar tidak lenguh kaki beratur lama untuk menikmati ikan patin tempoyak itu. Kalau lambat silalah tunggu periuk kedua dimasak sebaik sahaja periuk pertama habis. Setiap satu periuk mengambil masa kira-kira 45 minit so kenal la tunggu 45 minit kalau ikan patin pertama dah habis. Harganya memang berpatutan. seketul tu cuma RM8. 

 
Inilah tukang masaknya, anak kepada Pak Usop iaitu Mohd Alimi a.k.a Limi yang telah mengambil alih kepakaran Pak Usop yang telah meninggal dunia pada 2009 .. 
Inilah rupa ikan patin masak tempoyak yang mampu membuat sesiapa mencuba pasti nak lagi. Termasuk lah aku nih. he he. 
 
Minuman yang paling best disini ialah, Air Jagung Singapore. RM2.50 sahaja. Pergh!. memang makcik tu tak benti2 ngisar ayor batu tu. sgt ramai org ngodernyer. sorry la tak sempat nak snap gambor2 tu. ini pun ehsan orang ramai yg ada blog. he he 

sila refer map nyer. kalau korg nak pegi la kan:

No comments: